Wednesday, August 11, 2010

ramadhan kareem!!!

salam...

selamat berpuasa semua!oh.pengalaman baru,berpuasa di UK.panjang.
semoga dipermudahkan!insyaALLAH...

bila duduk semeja bersahur tadi,mula lah keluar segala memori di malaysia dulu.

kak dina: dulu kan,masa first time kita dekat rumah bangi,korg tak nak bangun sahur pon.last2 makan dekat atas,abah suap je.
nazhif: oh a'ah!ajif ingat.dekat depan tv tu.ade kusyen.ade meja.
najihah: mane ade meja la jif!
abang zes: ade gambar siapa?
najmi: ade gambar mama depan ukm!
aku: haha...~

kak dina : ade sekali ni kan,mase solat terawih dekat rumah.abah jadi imam,korg jadi makmum.mama bru keluar dari toilet,nampak ami ngan jiha bercakap-cakap masa solat.mama tegur la, "mase solat jgn cakap2!" tibe-tibe,ajif pusing, "mane ade ajif cakap ma!"

HAHAHAHAHAHAHAHAHA~berdekah semua gelak!!!nazhif,you must really cute when saying it,with your ionnocent-5-years old baby-looking face....kelakar gila hokkey!
good memories though...~


kotak memori ku semacam pantas memuntahkan isi-isi nya.oh,puasa!ramadhan yg mulia ini benar-benar buat aku sedar,bahawa sesungguhnya tahun demi tahun sangat cepat berlalu!
puasa di rumah,aku akan bersahur dengan nasi bila mak masak telur dadar!*rindu mak*
puasa di asrama,sahur ku selalu di katil!haha~bangun minum air je....
puasa di mesir,asyik terlajak je...dah tu sahur pukul 3 pagi,klu dekat m'sia tgh syok tido lagi tu!bangun-bangun dah pukul 6 pagi....hmm,ingt kn boleh subuh,tapi sebenarnya dah habis pon subuh!

namun,aku sentiasa mengharap,semoga ramadhan kali ini penuh makna.
terima kasih ya ALLAH,kerana beri ku peluang ini lagi.KAU kuat kan lah hati ku,agar turut berpuasa!

p/s: anda!selamatberpuasasemogarahmat ALLAH sentiasamengiringisemogaadapertemuanuntukkita!^.^

Wednesday, August 04, 2010

kita dalam bahaya!!percayalah!!

salam 3alaikum!

kita dalam bahaya!PERCAYALAH!!

oh..kerana hati kita ni...tidak pernah lagi diuji dengan suatu ujian yang besar..bukan??
kita sering lupa,bahawa kita ni akan diuji bila-bila masa.
nama pun manusia kan?lupa tu tak pernah tidak...
apa-apa pun,serulah hati kita untuk bersedia dengan segala kemungkinan.
dengan sentiasa ingat pada-Nya,berdoa dan bertawakal.
Segala usaha kita akan berbaloi jika lakukan kerana-Nya.
Dan kita akan dapati kita tidak akan keseorangan walaupun kita gagal.
Kerana kita punya Dia.YA!!DIA!!DIA lah yang MAHA penyayang...
saat kita jauh dari keluarga,saat kita dekat dgn mereka,saat kita sibuk,saat kita bergelak ketawa,saat kita menangis dalam diam,Dia tahu semuanya...

Aku sebenarnya takut.huh??takut??takut apa??hmm..semua~semua lah...aku takut untuk berdiri sendiri kerana aku tahu aku tidak mampu bersendirian.untuk belajar kerana aku takut untuk gagal.untuk gagal dlm peperiksaan kerana aku tak cukup kuat untuk belajar kali kedua.untuk menerima apa-apa berita yang meyedihkan kerana aku tidak tabah!untuk jauh dari orang-orang yang aku sayang kerana aku sayang mereka dengan sebahagian dari nyawa ku.untuk jadi doktor kerana aku takut aku yang sebenarnya mencederakan mereka.untuk merawat orang lain kerana aku sendiri belum dirawat.ya!hatiku perlu dirawat dahulu...kerana aku sendiri sedar bahawa sebenarnya HATI ku lah yang paling parah sekarang!dalam BAHAYA!

aku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.insyaALLAH.better for me,better for us.there's always a room for improvement!

Turn to ALLAH
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hand and pray...

(petikan lagu Maher Zain,InshaAllah)

yes!pray to Him.always,k??be good to your heart...give them 'food' too!don't be cruel~fair and squre,to your stomach and also your HEART.



p/s: dakurindupadamusungguhsungguhsemogakitadapatbertemukeranaNya.