hati ku gusar!!!oh~~
salamun 'alaik....
hati ku gundah,sehingga bait-bait kata yg ditaip juga berterabur.
Ya Allah,ku pinta pada-Mu,ketenangan dan kesabaran.amiin~
Kuliah dah bermula.Sejak dua minngu yg lalu lagi.Kelas dijangka akan membuka tirai pada 19 Sept.Tiket penerbangan balik aku pula 20 sept.Nak tak nak,kena lah ponteng sehari.Tapi,rupa-rupanya kelas tangguh!Haha...ayat mahal kak byla,dia kata dukturah tunggu aku balik dari UK!tak boleh bla!hahaha~
Namun dalam hati aku bersyukur sgt,sekurang-kurangnya aku sampai nnt tak lah terkejut sgt,siap nak kena revise yg dah tertinggal.
Hari aku meninggalkan Uk,satu je dlm fikiran aku,aku harap kakak aku juga berjaya mendapat 'doktor'!amiin...~kak,aiman tak ada dekat dgn akak,tak dpt dgr cerita kakak lagi.Kita sama-sama dpat doktor k?insyaALLAH....~
Usaha dulu!go aiman!tahun 2 yg mencabar.Tengok pon dah mampu buat aku tergamam,dan sekarang aku sendiri sedang menghadapinya!Ya Allah,kuat kan aku dijalan -Mu ini.
Ok,tahun mencabar ini menampilkan beberapa subjek baru.Tafsir,Psikologi,Balaghah.HA HA HA!
Macam biasa,lagi jauh aku cuba lari untuk belajar bahasa arab,lagi dekat dia dtg bergolek kat aku!bukan aku tak suka,tp aku tak yakin.The past tought me to beware.Semua peperiksaan yg aku ambil,natijahnya sama,Bahasa arab pasti mendapat tempat yg paling bawah berbnding subjek-subjek yg lain.Setiap kali aku mengeluh,mengadu pada bapak,bapak mesti kata tak apa!
'Usaha tu yg dinilai!Allah tak tgk natijah.'
Memang betul pun.Menimbal balik yg aku pernah perhatikan sepanjang aku belajar,semua orang study bagai nak rak.Supaya boleh jawab peperiksaan.Tapi akhirnya,keputusan yg keluar tak sama dgn ke'rak' kan belajar tu.Kenapa ya??
Jawapan yg mudah~ kerana Allah punya rancangan yg tersendiri untuk kita.Boleh jadi kptsn itu sebagai peringatan kepada kita,boleh jadi juga sebagai hadiah untuk kita,atau boleh jadi juga sebagai Ujian.Kita buat ujian untuk dapat keputusan,tapi hakikatnya,sebenar-benar ujian adalah keputusan tu sendiri!
Dia nak lihat kita bersyukur,atau kita lalai,atau mungkin kita berputus asa,atau mungkin juga kita salah kan Dia(Na3uzubillah!)...
Terletak pada diri kita untuk menilai.Setiap hari aku pujuk hati aku untuk kuat.Tapi hakikat kekuatan tu dtgnya dari ALLAH.Minta pada DIA!Semoga tahun 2 ini dapat kami tempuh dgn keberkatan Mu ya ALLAH.
Subjek utama,macam biasalah,Phisiology,Anatomy,Biochemistry,Histology,AlQuran dan Bahasa Arab.Wake up aiman!nak jadi doktor mungkin mudah,dgn belajar je.tapi nak jadi doktor yg tahu agama,yg tahu belajar ni kerana ALLAH bukan mudah.Kadang-kadang kita tersimpang jauh dari niat sebenar belajar.*sigh*
AYUH SEMUA!kita betul kan niat belajar,hanya kerana DIA.
Hati ku sekali lagi dilanda kerisauan.Pelajar tahun dua yg lepas(senior aku thn lepas) adalah lebih kurang 14 org yg tak berjaya naik ke tahun 3.Kesian sgt aku tgk.Sbb kebanyakkan nya sangkut satu paper je.HISTO!ok~ paper maut tu...nmpak je mcm kacang...uwaaa!!Sekarang mereka masuk satu kelas dgn aku,dan kawan-kawan mereka semua ke tahun 3.sanggup kah aku begitu nanti?besar sungguh lah ujian ni.Mereka mmg tabah!semoga kita sama-sama naik tahun 3 nnt ye kakak2 sekalian!amiin...~
p/s: akuharapsemuanyaberjalanlancartiadarepeatpapertiadarepeattahunakunakpulangkemalaysia.rindusungguhakupadamakbapakkakakkakakabangabangjugasidiaharapharaptahunnipermulaanyangbaikuntukakuperbaikidirijuga.amiin!
IHZIMHUM!! WANSURNA 'ALAIHIM!!
14 years ago