Monday, December 12, 2011

winter

Salam alaik~

Apa khabar hati?? Hoho.lama sungguh tak update sebenarnya.Tapi sempena winter ni nak lah tulis sikit kan.hehehe (;
I'm currently in Arma,ada tusyen pathology.errr,kenapa amik tusyen?sbb rasanya aku mmg tak mampu nak baca sendiri.haih -.-
Ok siapa yg baca post ni mesti sakit hati,sebab aku tulis ngarut2....haha
Tapi sebenarnya highlight post ni ialah mengenai ISK yg aku ikut serta buat kali kedua.tapi aku taknak lah ulas panjang.Cukup la aku katakan yg semangat yg seakan pudar kembali menampakkan sinarnya.insyaAllah~

P/s: dan buat kakakkakak dan kawankawan yg mungkin terbaca post ni,ketahuilah,diri ku ini ingin sekali bergerak bersama sama kalian.T____T

Tuesday, August 16, 2011

A smile is an inexpensive way to change your looks.

Salam 3alaik~

Hari ni aku nak buat kempen SENYUM!hehe~


Aku gerenti sape yg tak suka kucing pun dan2 akan jatuh chenta lps tgk gambar ni!*chomel gilak*


By not having any particular reasons ye...Just randomly,sebabnya sesimple-simple bnda ni sebenarnya yg susah dan berat.Kan?Nak pulak kita ni senyum pilih bulu.Ikot aku lah nak senyum ngn orang yg aku nak je.kan kan kan??? ^^
Aku tau lah~sebabnya,errr,aku pun mcm tu.

Oke,lepas ni kita semua cubatrytest ubah deh? (; insyaAllah.Selagi kita ada willing to be a better person,DIA akan tolong kita.amiin.


p/s: semoga dgn senyuman dapat meredakan Marah yg bergumpal dlm hati.Marah oh marah.Tolong lah kau jgn merebak dlm hati ku.Kerana 'mereka' tu aku sayang Lillahi Taala!
Btw,kalau 'korang' baca ni,aku dah tak marah pun.Sebab aku yakin je Allah akn lindungi aku malam tu.Tapi,errr,lps ni aku akan jadi lagi susah lah nak mintak tolong lah kat korang.Sebab aku tgk sendiri kan mcm mana kornag bertolak tolak nak ke tak teman kn aku~Jadinya,lps ni jgn risau lah,aku akan susahkn org lain je...............

Saturday, August 13, 2011

Higab


Salam 3alaik~

Higab???oh apekah menatang ni??hehe.Kat mesir,huruf 'J' yakni 'Jim' untuk bhs arab nya disebut 'G' atau 'Ga'.Hmmm tapinya untuk kegunaan arab ammiyah lah (bhs pasar).Kalau bce Quran tu xde la~ Depa baca molek2 belaka.Hehehe.insyaAllah.

Jadi,hari ni,aku nak ckp psl Higab neh.Takde la ckp pon sbnrnya,cuma tampal (Baca:paste) je.hahaha

















And lastly,




Point aku??Saja je.Jumpa gambar-gambar cute chomel dekat pesbuk.Makanya,nak lah kongsikan.Sempena Ramadhan ni,aku harap ada la jugak isi yg bermanfaat dekat belog kusam yg marhaen ni.uuuuuuuu~Sebabnya,aku nih rajin on9,dan aku harap dgn masa2 yg aku on9 ni,ade jugak waktu aku yg bermnfaat buat org2 lain jugak~insyaAllah.

p/s: tata korang!molek2 rebut ruang Maghfirah Allah ye.Sebab peluang ni terbuka 24 jam sepanjang fasa kedua ramadhan tau.Kalau kita tak cubetrytest nak grab,pehhh.Meme rugiii!!!Dan ya Allah,semoga umur kami panjang hingga ke akhir Ramadhan dan untuk kami keluar dari Ramadhan ini sebagai orang yg 'baru'.('=

Saturday, August 06, 2011

nak buah yg chantek,benih pokok kena yg terbaek lah!

salam 3alaik.

puhhh.lenguh leher ni rasenye.mane idaknye,tidur atas katil flat,ade je bntal,tapi dah sama2 flat dgn tilam.errrr...mknanya apa?Selalu sgt tido la ni!*kantoi* haha

Ok,ckp psl tidur,tadi pagi aku terlajak lagi!yelah,tidur lps subuh la katekan.Sepatutnya pagi ni aku ada daurah pukul 8 pagi,dannn!!!aku sampi kat tempat daurah tu dlm pukul err....9.50 pagi?huuuuuu TEROKNYA akuuu!!!

Memang la sedar2 tu mcm nak nanges sbb dah super lambat,tapi ku bulatkan tekad,kuatkan semangt,tebalkan muka nak jugak pergi!Nak dapat sesuatu,since tajuk daurah tu 'Ukhuwah Islamiyyah'.Rugi tau.Sebabnya aku rasa aku punya ukhuwah,errr...aku pilih bulu.paham ke??

Kira mcm kalau org tu mmg tak sesu sgt kan aku,aku taknak langsung trytest untuk kenal.Terus2 je cop org 'bukan-boleh-masuk-sgt' type.uishhh.bukan bukak pekung didada,tapi aku nak cubatrytest ubah.Nak sangat!dan aku harap Allah bantu aku dlm perubahan ni~

Ok.Point penting hari ini,"TIADA ukhuwah tanpa Iman,TAK SEMPURNA Iman tanpa UKHUWAH"

Dan paling aku tertampar terkesan terbatuk terkezut tersentak ahhh,semua yg ter2 tu la,ialah kalau Ukhuwah kita bermasalah sebenarnya IMAN kita lah yg bermasalah.IMAN tu ibarat pokok,jika IMAN tu yg TERBAEK maka insyaAllah buah(ukhuwah) yg keluar pun CHANTEK lah!kan kan?tak ke gitu?

p/s: Tepuk dada tanya lah IMAN (=
Aku nak balik,insyaAllah,akher ramadhan ni.Kenapa akhir??hmm,sebab tak awal! ^^
hehe.Sebabnya pesta ibadah disini lebih hidup.Aku perlukan 'suasana' kerana aku
tau diri aku sendiri belum cukup kuat untuk buat SUASANA itu di malaysia.InsyaAllah satu hari nanti! (;



Dekat sini ada banyak pesta IBADAH dari pesta JUADAH.Dan aku harus latih diri aku dari bnyk sgt 'rasa macam' tu. (lihat sebelum2 ni)

Wednesday, July 27, 2011

fuuuhhhhhh!!!!!!

Salam 3alaik~

fuuuuhhhh!!(tiup habuk) pergh.



Tebal gila kan,tak mengagak langsung!.hahaha.Ok aku admit lah,malas nak update.Mesti ramai yg tertunggu-tunggu kan??(= *bajet ramai bace lah kan* hehe.

Saje je ni,next time aku akan update dgn sepenuh hati,when i officially habis exam ok?^^ till next time,insyaAllah~

Do pray for me ok!

P/s: paper2 yg dah lepas aku tawakkal,dan 1 lagi paper didepan ni akan ku,err,jawab dgn sungguh2??hehe.insyaAllah (;

Thursday, June 09, 2011

rasa macam

salam 3alaik~

tiba-tiba....
Rasa macam nak ziarah Baitullah bulan Ramadhan ni *membuak-buak lepass kak wani offer join* Oh ya Allah....~~~


Rasa macam nak balik malaysia tapinya.haisy!
Oh sungguh rasa macam nak pergi jalan pun ada jugak -.-'' (sila jgn tnya kat mana sebab aku nak cakap Spain) heeehooo >.<
Rasa macam nak beli ipod jugak?urghhh.I hate this,when i know that im actually aint need that. *sumpah mengada kan?* [sebenarnya adalah juga sebabnya..huhu]


Rasa macam nak ajak mak dengan bapak raya sini. (haaa,yg ni aku tau mesti ramai yg rasa nak sekeh aku)haha~
Rasa macam nak stay je dekat sini sebab nak belajar bahasa arab *muskil2* aku neh buleh tahan ke dgn summer?Tahun lepas sedap lah lari pergi UK kan...hehe
Rasa macam tolonglah makanan-makanan ni terbang naik atas rumah aku supaya aku takyah gi beli makanan. (SUPER malas -.-'')
Rasa macam nak makan bergedil,tapi malas nak buat jugak.



Rasa macam nak makan yong tau fu sebab si ecah sebok cite2 kat aku.


Rasa macam nak makan cisscake.(urghmalasnakbelibarang)


Rasa macam nak makan pulut kuning dgn rendang *ok takde sebab*


Rasa macam nak makan buah ciku T.T sedappnyyaaaaaa~ plus buah mata kucing!!



Rasa macam nak makan mee rebus !!

tapi~tak lalu nak makan yg kat restoran kelantan tu *ciss*
dan aku rasaaaa...

Rasa macam nak MAKANAN HATI,tapi hati neh banyak sgt berhibur....haisy!
Astaghfirullah...


Allah...aku pohon agar hati aku tidak kering apatah lagi kontang...T.T
Terima Kasih Ya Allah kerana KAU kurniakan aku kakak-kakak yg baik.Yang sentiasa ada untuk mengingatkan aku.'Lalai' itu pangkal namaku,justeru aku perlukan peringatan.Dan alhamdulillah,Kau masih beri petunjuk-MU melalui hamba-hamba-MU.Kau berkatilah mereka ya Allah.Sesungguhnya aku rindu pada mereka!Kau kurniakan lah pada mereka rahmat MU.Aku aku berharap mereka semua tsabat agar masih ada lagi orang-orang lain seperti aku yg lalai ini diberi peringatan.Dan~ agar aku juga bisa jadi sebahagian daripada mereka.........


p/s: Aku neh kan,kalau tak habiskan duit tak sah!Tahu tak setiap duit yang HALAL tu akan dihisab,dan yg HARAM (na3udzubillah)tu akan diazab???!!
Berilah akau kekuatan untuk fatrah imtihan ni Ya ALLAH.Banyak pulak kan 'Rasa macam' aku tu.Tak pernah pernah pun sebelum ni kan.isy!mengadaaaa!!

p/s: Kak wani datang ziarah.MasyaAllah!!!baru aku sedar betapa aku rindu pada kakak cilik tu.Kuat kan nya di jalan ini Ya RABB!!insyaAllah~

oh baideweyy,post ni ditaip setelah aku penat bebel kat diri sendiri pasal physio *chewah!* hehe

Saturday, June 04, 2011

distraction

salam alaik~

heeehooo!apekah =.='' asal update je mesti nak ngarut-ngarut kan aku neh? (biarlah!)huhu...

ok,fine,tak nak bebel banyak-banyak cuma nak bagitau that i'm kinda distracted!oh puhhh lisss~
sebab apa pulak ni kan...gaya macam aku belajar tahap super kuat gila gaban kan haha!*study smart* ^^ (sengih poyo)

oook -.-' mood mengarut sudah tiba~~~~ kihkih
sebenarnya,hmm..hmm...[dlm hati berdebar nak ckp]
hahahaha...gila tak buleh blah!tak ada lah...tadi sebenarnya,aku menghadiri majlis perkahwinan seorang senior (ustazah) dgn seorang ustaz...
perghhh!waa cakap lu,mmg distracted lah...*jealous* hahaha...tak pasal je!

Sweet weh korang,serius,kawen muda-muda.Tapi aku memang tabik lah bila seorang perempuan dah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu ni T_T
Semoga kalian berbahagia hingga ke syurga!amiiinnn~~
Dan kalau tak silap hadith ke(x sure lah tapi) antara ciri wanita yg dimuliakan ialah kahwin awal bersama mas kahwin yg murah.
Hmmm...hebat kan?Allah susun wanita-wanita yg sudah cekal hatinya,sudah waja imannya,sudah mapan ilmunya untuk jadi seorang isteri.

Yelah,ingat senang nak jadi isteri? *gaya ckp mcm ada pengalaman*hehe
Eh betul tau~~~bukan setakat jaga makan minum je eh,tapi isteri ni jugak adalah punca iman suaminya semakin naik atau sebaliknya (na3udzubillah).Mestilah seorang lelaki nak pendamping yang dapat membantu dia dlm semua urusan termasuk urusan DAKWAH!tak ke?nak kan??
(heh,kalau aku jadi lelaki aku pun nak,korang tak nak ke?)

Maka,apa benda point yang nak sgt aku bebelkan kat sini?haaa...ampang point aku ialah kita perlu,harus,mesti cuba untuk jadi yang baik itu.Bukan nak harap tetiba je dapat yang soleh moleh belako.Tapi diri sendiri?isy~~~

Kira mcm bentuk diri kita dengan segala macam persediaan sebagai individu muslim,barulah buleh bina Bait Muslim,kan?Tak gitu? (; insyaAllah...


p/s: Tadi kawan-kawan sibuk kata,"Untung ustaz tu dapat Kak Aishah ni"...Dalam hati terdetik,agaknya bila aku kawen nanti ada orang ckp mcm tu tak?-.-'
Eh,bukan mksudnya nak harapkan pujian,tapi sejauh mana pembawaan diri kita dapat memberi impak pada orang sekeliling.Tak nak lah orang kata,"Kawen ni sebab dah mabuk sgt cinta",@ "Lah,budak ni bukan nak belajar sgt dah pun,tu yang dia kawen tu".Tak ke dah jadi fitnah tu.Kan? *mesti tak paham kan aku bebel ape ni* haha.ok abaikan~~~

ada satu gambar untuk tatapan
p/s: psss~Yang tudung hijau tu pengantin perempuan,Kak Aishah,bukan yg kat belakang yg tudung pink semangat sengih tu ye!-.-' heh!apekah~~~

Monday, May 23, 2011

stop it!

salam 'alaik~

Ok,aiman,stop it!
Berhenti mencari yang soleh,dan cuba jadi yang SOLEHAH!

=.='' statement apekah ini???huhu...berikutan fakta yg baru aku temui,Amer Munawer dah kawen dah...ada anak siap!*frust siap,tak tahan gila!hahaha*
masyaAllah...lelaki soleh selalu je dah kawen tau...ye la,lagi-lagi kawen pon dgn perempuan yg solehah...
maka,kesimpulan yg dapat dicapai?
Haruslah!!!jadi yg solehah dulu,baru buleh nak yang SOLEH (=


yang penting jadi anak yg solehah dulu,ye tak? (;




hahahaha...ok,ini entry mengarut!kepala pusing jap dgn segala hormone bagai..itu naik,buat itu turun,buat yg lain pulak naik,buat yg ni pon turun!fuuhhh~
lenguh otak aku belajar pasal badan sendiri neh



Semoga Allah permudahkan (= insyaAllah...


p/s: 14 june ni my 1st paper for final,and its PHYSIO!>.< heeehooo~doakan aku ya semua! Ckp pasal exam,apa persediaan anda?Belajar sahaja??uisshhh...tak patut,kena selari!mutabaah amal pun jaga ya!^.~ *talking to myself!* =.='' baiklah,insyaAllah! (jawab diri ku sendiri)huhu

Saturday, April 30, 2011

Merindui dia,Umar ku (=

salam alaik~
Umar?ah sudah...kau punya tajuk entri ni pon ala-ala nak cetuskan kontroversi je!>.< ouch!!hahaha

Nothing but to share...Haruslah!kerana sekarang hati ku rindu pada Umar ku (= Subhanallah~

Nak dengar kisah Umar Al-Khattab??ok fine~nak baca??aku nk tulis neh...haha
Umar al-Khattab memang terkenal dengan sikap tegas,super berani,gagah dan punyai banyak pengaruh.Sehingga kan,diriwayatkan dari Bukhari,Ibnu Mas'ud berkata,"Kami sentiasa mulia sejak Umar masuk Islam"
SUBHANALLAH!Begitu sekali kan impak Umar neh~adeh...kalau lah masih ada sosok lelaki gagah seperti beliau kala ini,justeru Islam ini ada peng'back-up'nya...
tapi.tapi.tapi!
Aku yakin,dikala ini sebenarnya,banyak 'Umar' yg sedang dijana,yang sedang dimantap kan aqidah nya,yang sedang dibentuk dan dilentur!insyaAllah (= Yakinlah,Islam itu masih ada pembela-pembela nya!!

Haaa~tu yang tara gagah macho perkasa nya Umar...yang penyayang~kalian tak dengar lagi...ok fine!kalian tak BACA lagi...hehe

Di suatu ketika,ketika akan melantik seorang ketua di sebuah wilayah seorang anak kecil menghampiri beliau dan duduk di pangkuan Umar.Diciumnya anak itu dengan penuh kasih dan dipujuknya anak itu dengan penuh rasa sayang.Maka calon ketua yang akan dilantik Umar itu kehairanan.Dia pun bertanya,"Apakah tuan selalu mencium anak-anak,wahai Amiril Mukminin?Aku mempunyai sepuluh ornag anak,namun aku tidak pernah mencium mereka."
Maka jawab Umar,"Apa salahku jika harus buat begitu?Sesungguhnya Allah telah mengangkat rahmat-Nya dari hati mu.Ketahuilah Allah akan melimpahkan kasih sayang kepada hamba-hambaNya yang penyayang."
Lalu diperintahkan agar surat pelantikan lelaki tersebut dikoyak,"Dia tidak memiliki rasa kasih sayang terhadap anak-anaknya sendiri,bagaimana mungkin dia mengasihi rakyatnya?"

waduh waduh....kasih sayang!harus,ya wajar ditonjolkan...alah~bukan jatuh pun maruah lelaki tu...lagi kacakk pe!hahaha [terbongkar rahsia~suka tgk seorg lelaki melayan budak kecik!HAHA] *muka innocent*
Ya!sifat penyayang ini semakin lenyap,sebabnya manusia ini hanya kasih pada yg dikenali mereka sahaja.KITA kan semua saudara!^^ (tetapi perpada-pada lah,jgn salah anggap pulak statement aku neh!=.='' )

Saat aku menulis,oh ok,menaip post ni,fikiran aku jauh melayang ke Malaysia!ya si dia Umar ku sangat-sangat penyayang!Penyayang dalam setiap tindak tanduknya.Walaweh,sampai menggedik lah kan aku ni,nak makan buah pon masti yg dia dah siap kupas!hahaha.Umar ku~Masa bergurau senda,masa marah ataupun ketika sedang mendidik.Kasih sayang tu sentiasa terpamer walaupun di sebalik kabur sang Tegas!And i'm proud to say that I LOVE HIM SO MUCH!Allahuakbar~ Aku ada 12 orang adik beradik dan aku bangga utk katakan Umarku sentiasa menunjukkan kasih sayangnya pada kami.
oh alemak,dah kantoi~siapa dia Umar ku...haha..betul!betul tu!Umar ku adalah dia,ayah ku ^^.

Nak kenal tak siapa dia??Dia adalah seorang guru,diluar juga didalam keluarga.Pemimpin diluar dan juga didlm keluarga.Aku sayang padanya,dan dia tidak pernah tidak menciumku sebelum aku melangkah kaki ke sekolah! (ok im done crying so badly) *sigh*
dan,bilakah saat terakhir kalian mencium dia,Umar kalian???



oh...Rindu sangat dekat Umar~ Ya Allah,Kau kasihanilah ayah ku sebagaiman dia mengasihani aku ketika kecil.Tetapkanlah imannya dan jadikanlah dia hamba Mu yang beriman dan bertaqwa................
Rasa macam nak terbang balik malaysia lah!eh bukan,bukan!Rase mcm nak mereka duduk sini bagi support sebab aku nk exam lah~hahaha...

Hati aku berbisik,oh haruslah aku juga cari 'umar' ku yg sama seperti umar yg ini?haha~Yang penyayang sifatnya,lembut sikapnya,tegas perwatakkannya!dan tegap IMANnya,insyaAllah...aku sentiasa doa yang ini,agar 'umar' ku kelak adalah lelaki yang buleh membimbing...ouch!bimbing aku yang asyik-asyik 'jatuh' ni lah +.+'' hahaha

adeh!nak yg mcm Umar je terus kan...tak mengagak...haha~biarlah!agar ini menjadi motivasi untuk aku juga membntuk diri mnjadi seorang perempuan yang layak untuknya!>.< dah kata lelaki baik untuk perempuan yang baik.Tak nak ke??nak kan~maka,ayuh lah!kita binaa Individu Muslim dulu barulah Bait muslim!hehe

p/s: sebenarnya post ni sebab aku rindu (masyaAllah) tahap gaban punya kat parent,lagi-lagi dekat bapak ku yg kacakk bergaya itu!dan entah apa bnda tah yang aku merapu sgt at the last two paragraph tuh!maaf ye~~~ >.< diri ini insan yg hina dan alpa!

Tuesday, April 26, 2011

its actually what you give

salam alaik (=

okeh,aku taknak lah bebel panjang-panjang kat depan nih kan.>.<
Hari ni,subjek paling best ada,KIDNEY!yeah~~~ce teke,ce teka,kenapa aku suka...
hehe...sebab yang ajar Kidney neh Dr.Basma!^^ woot woot
Wa cakap lu~dokter ni super lawa...dah la dia ajr best!hahaha
Dukturah ni,dia salah seorang dokter yang termuda dekat Physiology department,selain Dukturah Jihan...Dengar-dengarnya kedua-dua dokter ni antara pelajar terbaik Al Azhar dolu2.Maka,mereka diserap menjadi tenaga pengajar Al-Azhar Medical College for Girls.Kalau tak silap,kelayakan para lecturer di sini perlu ada sekurang-kurangnya PhD!ouh~~TApi,mereka ni dapat ye,jd lecturer!dasat~dasat!!

=.='' oke2...aku bukan nak bias!memang betul la kan,kita ni nak belajar kena ikhlaskan diri...tak perlu la pilih-pilih dokter,lawa ke tak,best ke tak..tapi~~~tidak dapat TIDAK musti kena ada dokter favourite kn?kn??tak ke??

okey lah...ni pendapat aku~

"Cantik kerana sayang ni lebih dalam daripada Sayang kerana cantik"

it depends,on how u guys interpret,ok?haha
Terus ke ampang point,sebenarnya aku sangat kagum dgn Dr.Basma ni...betul weh~aku cakap kat korang,kalau jumpa dia,korang pun insyaAllah la,jatuh chenta jugak kat dr ni*senyum gatal* HAHA

Okeh,apa yang aku perhati kan,Dr.Basma ni pembawakkan dia sgt matang.Mudah je,dia tak perlu marah-marah student dia,tapi semua orang HORMAT dia.Bukan TAKUT ye,tapi hormat.Kelas dia tak payah cakap lah.Penuh selalu!Yang datang lambat pun jadi segan nak dtg lambat kalau waktu tu Dr.Basma yg ajar.Kenapa eh??
Sebab dia memang deserve la utk dihormati.Tengokkan cara dia pun kita tahu yg dia sendiri sangat menghormati orang,tak kiralah profesor-profesor dekat Physiology department atau
kerani-kerani,hatta dengan student!korang tau kan,orang arab ni memang terkenal dengan bercakap kasarnya.Kadang-kadnag diorang tak marah pun,tapi sebab dah biasa cakap kuat2,kasar2~Sebab tu la aku rasa Dr.Basma ni lain.Oh haa!!Dr Jihan pun..Mereka ada peribadi yg wajar dicontohi!Cakap dengan orang pun molek-molek je...subhanallah....Aku kan,sampai bape kali tah cakap kat kawan aku nak jadi macam dokter Basma tu!>.< oke2,bab lawa tu memang tokleh nak ikut la kn,tapi,akhlak dia tu (; insyaAllah~

Sekarang aku nak berhenti merepek,tapi,korang dapat tak aku nk cakap ape sebenarnya?BUkan lah!bukan kena suka dukturah yg chantek je,Bukan kena hormat dukturah yg ajar best je~
Tapi,apa aku nak highlight kan,'layanan yg kita terima dari orang sekeliling sebenarnya menggambarkan layanan kita terhadap orang sekeliling!'
Dapat tak?Yeah~its actually about what you give to others babe!Jadi,kalau semua orang pun fikir macam ni,tak akan ada lah org yang dok menuding jari..konon-konon kita dah buat baik kat dia,tapi kenapa dia layan kita macam ni??Kita hanya perlu refleks diri kita balik,takut-takut kita ni buat baik dengan orang-orang tertentu dan terpilih je!


p/s: mak suruh pegi uk lagi,tolong jd babysitter lagi.maka aku?okeh je la kan~kalau ade org nak belanje gi uk (= hehe apa-apa pun,exam final semakin dekat,kalian doakan aku ye!insyaAllah,yang ditanam,akan kelak dituai!Kalau tidak sekarang,akan datang,kalau tidak akan datang,insyaAllah di akhirat sana.....~

Saturday, April 23, 2011

fardhu ain ke fardhu kifayah?

salam alaik~

haaa!jawab soalan aku tuh...cepat-cepat!huhu
tapi~aiman,soalan kau tu tak lengkap!ceyt poodah!

ok2...bertenang semua...haha!soalan nya berbunyi begini,
"apakah hukum kita berdakwah?"
fulemak,aiman ckp psl dakwah ni derr!adeh...gila dah nak jadi baik ke mcm mana??
ok2...bertenang,bertenang...sekali lagi,aku harap kalian bertenang!haha...bukan nak berkhutbah,tapi betuli diri juga (lirik lagu Too Phat,Alhamdulillah)

sudah,sudah,berhenti mengarut,kalau nak baca apa yg aku tulis ni,sila hilang kan persepsi kalian...maaf ye,kalau kerana diri ini anda tak mahu baca~sebab apa yg aku nak kongsikan ni adalah tentang KITA..ya,KITA!siapa KITA ni?aku dan kau lah!erk~??!tak nak lah...haa...sukati2~nak ke tak,yang penting hari ini perkongsian aku tentang KITA.KITA ni bersaudara,tahu tak?aku harus tau tentang kau,dan kau harus tahu tentang aku.noktah!adil bukan?haha~

Tolong lah weh,dakwah ni kerja ustaz ustazah je la...kau kan amik medic,nak susah2 dakwah pesal lak pulak kn~ (ayat biasa kau dan aku dgr,kan?huhu)

Kenapa ye,kita ni perlu berdakwah?Untuk apa?ala~org tu,kalau dah taknak Islam tu,buat apa nk paksa-paksa kn?ish!banyak la kau!sebab dia tak nak la kita nak bag dia nak!
Macam mana tu???
Dengan kita sampai kan,bahawa Islam ni bukan hanya "Islam", tapi "islam".ok,tau dah kalian tak paham.Aku bagi contoh ye~

cth: Saya Rajin.
Saya rajin.

sila nyatakan perbezaan~

ok2,pertama aku serahkan pada pemahaman kalian,kalau nak berkongsi,sila lah drop komen nanti!^^kita ulas lagi...sbb aku nk teruskan pada point analogi yang aku dpt semalam...

Terkadang aku juga fikir,untuk apa ye kita dakwah ni,sedang kan kita tahu kalimah Allah ni akan tertegak juga nnt!Dan kenapa pula kita kena buat?sedangkan ada ramai je ahli-ahli agama kat luar nuu...oh,persetankan fikiran seperti ini,dan cari org yg berilmu untuk menjawab soalan neh!

fadhu ain kah,atau fadhi kifayah?ah sudah,pekebenda la pulak dua-dua ni.Wa tak reti la derr, nak beza-beza kan...
Menurut ustaz aku kat sekolah rendah dulu,kalau nk jwb soaln senang je nk beza kan,fadhu ain ni yg wajib,semua musti buat!MUSTI!
Kalau fardu kifaYAH ni,ade seorg yang buat,yang lain dah tak paYAH!

Sampai sekarang aku ingat tau..haha~sengal je...maka nya,apa hukum kita berdakwah ni?oh,dakwah ni bukan solat puasa zakat tu,maka dakwah ni fardhu kifayah lah!fuuuh~~ lega aku,mujur ada org yg buat dakwah ni...idok le aku dose nnt,kn?
gitu ke??betul ke kawan-kawan???

analogi:Katakanlah dalam satu qariah ni,ada lah seorng lelaki gemuk yg meninggal dunia.Gemuk gila-gila tahap tak hengat pnye lah,lebih kurang 400kg (hiperbola jap..haha).Nak dijadikan cerita,yg ada tok Imam je nak uruskan jenazah ni.Dari nak mandikan,nak kafankan,nak solatkan,nk gali kubur,semua dia yg buat.Sebab,kata nya ni fardhu kifayah,yg lain tak buat pun tak pe!
tapi~mestilah tok Imam tu tak mampu kan???!!obviously!agak2 la kan,kalau berat tok Imam yg ala2 dah tua tu pon baru 50-60 kg,nak kena angkat org 400kg!mampu ke???!!Jangan ditanya,tengok pun tahu lah derr!!

Dan tahu kah kalian,sebenarnya,selagi jenazah berkenaan tak diselesaikan,seluruh qariah tu akan berdosa,kerana ini dah jatuh tahap fadhu ain,wajib uruskan hingga selesai!Ya,dalam konteks sebegini lah...

Maka,dalam konteks dakwah kita pada HARI INI,mampukah hanya mereka yg Ustaz Ustazah je yg buat?Cuba buka mata,JeNAzah tu diumpamakan mcm tanggungjawab dakwah kita!tok Imam tu kena pnggil lebih ramai org utk mengangkat baban berat Jenazah ni.Sama la macam kita sekarag ni.Dakwah ni perlu dipikul oleh semua org sehingga selesai~ya!S E L E S A I.Tidak akn duduk diam seorg da'ie itu selagi mana dakwah nya belum tersebar luas hingga seluruh umat manusia.Macam Jenazah tadi,tok imam dan ahli qariah tadi tidak boleh duduk menonton sahaja selagi jenAzah tadi tidak pulang ke tanah!Begitu lah yg seharusnya!MUSTI!WAJIB!

dan,jawaban pada soaln diatas,Dakwah itu fardhu ain utk kita sekarang ini.Bukan membuat hukum sendiri ye,tetapi berdasarkan zaman dan prioriti!


p/s: Maaf utk post kali ini,sekadar berkongsi input yg diperoleh ketika menghadiri ISK,semalam.Semoga ini juga salah satu jalan dakwah.InsyaAllah~
>.< jgn lupa ye,drop komen kalian tentang beza 'saya Rajin' dgn 'saya rajin'!ahaks~~~~

Saturday, April 09, 2011

Rentetan.......~

assalamualaikum (=

Alhamdulillah,aku masih punya ruang utk aku mencurah idea.*chewah* idea la sgt kan~kind of blurbing!HAHAHAHA

oke2~sudah2...jgn nak teruskan mengarut!hehhe

My previous post,baca dah ke?xpe je pun kalau tak baca...tak wajib pun...cuma nya,entry kali ni sebenarnya nak mengupas entry yg sengal sebelum neh...hahaha

One of my friend yg baca(Maslin,thnks babe,sudi baca kn belog kiut aku nih!) merasakan cerita aku tu satu analogi...korang pulak rasa macam mana?Banyak makna sebenarnya...
Ada tersurat,ada tersirat....kalau korang dapat yg tersurat tu,bagus la...nmpak terus~kalau dapat dah yg tersiratnya,LAAAGII bagus!tak yah dah la aku post enrty neh!^^ hahaha...kan2??

Nak tahu tak?alhamdulillah aku dapat idea tentang analogi tu masa tgh study...entah lah,bila belajar CNS(Central Nervous System) ni,buat aku lagi2 super takjub lah,super kagum lah dengan ciptaan Maha Pencipta~
aku cakap weh,lagi banyak kita belajar,lagi banyak sebenarnya rahsia Dia yg kita tak tahu....lagi bnyk Tarbiyah yg DIA nak bagi,melalui pembelajaran dan kefahaman kita...
betul ni...serius!melihat pada penciptaan tubuh badan kita sendiri dah buleh buat aku nganga tak tutup2!SUBHANALLAH ^^....walawehhh~hebat sangat ok!
Aku ni la kan,tak de chenta sgt kat Biochem kn,tapi rasa-rasanya lah,setakat yg aku dengar masa aku belajr ni,semua reaction ke apa2 ke musti kena ada enzyme nya...cofactor...kalau ada defect je,confirm ade disease!!masyaAllah...sekecil-kecil bnda KAU cipta kan punya fungsi ya Allah~

baru tang tu dah jaw drop dah dengar...yang lesion banyak-banyak kat nervous system tu,mau pengsan aku pulak kan~sedih bila fikir orang-orang yg ada penyakit macam-macam tau...adeh....manusia ni...terlalu banyak nikmat yg mereka perolehi,sampai tak nampak pun sebenarnya menjadi DIRI kita ni sendiri sudah suatu NIKMAT!!!
*syukur ALHAMDULILLAH ('; *


p/s: ok tak jadi lah...post kali ni nmpaknya belum buleh bisa merungkai analogi...setakat bebel-bebel je la dulu eh~penat sebenarnya...sebab tadi ada tetamu mai rumah!h0h0>.< SANGAT RAMAI OK!hehe...till next time lah,insyaAllah ^^ ada jodoh kita jumpa deh? (=

Friday, April 08, 2011

aku penting lagi!

salam 3alaikum~

"Aku lah yg paling penting!",kata Jantung.yeah right~mmg kau penting pon...
Hati mula berkata-kata dlm hati...lalu dimuntahkn juga,"Aku pun penting lah!Apa kau ingt kalau aku tak ada,kau akan sihat?"
Jantung memandang geram,"hey agak-agak la derr,kau tak payah la rasa kau berguna kalau aku tak ada!aku yg hntar,yang pam darah pergi kat kau~"

haaa~kan Buah Pinggang dah bgn,bila dgr dua sahabatny bergaduh...
"Cop2,yg kome nak gaduh-gaduh pasai pa,bising lah..lek2 dah la...aku pun penting tau.."
"ala,ape yg penting sgt tah...kau bukan buat kerja kuat mcm aku ni pun",kata Jantung lagi....
haih~aku la kan...xleh la derr,org berlagak neh!
"kau cuba cakap kat aku,sape yg release rennin?sape yg filter semua fluids neh?siapa yg excrete urine??cakap!haa...cakap la!kau buleh ke nk buat urine?!"
"adeh,kau rasa lah kan,kalau aku tak hntar darah kat kau,dapat tak kau nak buat keje kau??"balas Jantung dengan angkuh tahap petala ke tujuh.

"Aku ni malas la nak cakap bnyk-bnyk.Lu pikir sendiri lah weh...kalau aku tak bersihkan darah tu,kau rasa kau still boleh buat kerja gempak2 ke?"

"Dah la Buah Pinggang,aku ni dah berbuih dah ckp yg kita ni penting jugakk,tapi,dia tetap poyo kata dia paling penting....kita ni,kalau rajin layan org senget,ngan kita-kita sekali jd senget kang!haha"Hati memerli tajam.

Dah mula dah tu...ckp nak pedas je kn...Jantung dah geram,habis tachycardia dia....

Si Otak hanya mendengar...ingin mencelah,tak patut pula...org bergaduh kan,tgh berapi la dia...nak dibiarkan tak boleh pula...kang lagi tegang gaduhnya!adehh~susah la klu jadi matang sorang2 ni...(acecece,Otak senyum sendiri...hahaha)

"Korg jgn cabar aku,kalau aku berhenti berdenyut,mmg lumpuh la korg semua!"Jantung mengugut kasar.Sahabat-sahabatnya tergamam.Aduh!apekah ini??!!Sanggup je kan nk stop demi nak pertahan kn kepentingan dia tu.

Otak tiba-tiba tergelak kuat,hingga menarik perhatian semua.Hati dan Buah Pinggang bingung.Mereka saling memandang.

Si Jantung pula bertambah stress lah dia!aku serius kau gelak2 pulak kn,mmg nak kena lah Otak ni!

"Jantung,oOooo jantung...apa yang marah sgt ni?kita semua kan sama-sama special?kenapa nak bertanding-bertanding ni?"
"lagi pun kan,aku sayang kau,aku tau kau mmg pnting pun...sebab,kalau aku lack of blood supply,neuron2 aku akan mati,akan degenerate!sebab tu akau sayang kau..(: aku perlukan kau..."

"haaaa!kan,bagus tu...korang cuba tgk Otak tu,bergeliga,ade otak nak pikir,aku ni mmg penting...korang nak bntah2 pehal lak kn??~"

Hahahaha...ketawa berpanjangn~"Aku tak habis cakap lagi la Jantung...hehe...tapi~kau kena ingat,aku pun sama penting nya...aku kawal kau kot,through parasympathetic.You may stopped due to lesion in me.tau tak?tuu haa si Buah Pinggang tu,penting tau!kalau dia tak dapat filters body fluids molek-molek,habis lah bnyk toxic substances accumulate kat aku macam oxalate,plus later on akan effect kat kau Jantung.Tak rasa ke?ke cne?"

Jantung mula bertenang...heart rate kembali normal~fuuhh!

"Aku bukan apa,kau tgk Hati tu,kot la kata dia ada disease,kita satu badan kot x buleh duduk diam...kau lagi2 la,mesti lagi kuat kne pam darah.Cuba kalau dia buleh buat kerja elok-elok,musti kau pun senang hati kn??kan??"

Hati yg mendengar senyum sahaja..Otak~mmg sentiasa matang...dapat jumpa jln penyelesaian...mmg Otak geliga lah kau!hahaha

Tiba-tiba terdengar suara kecil berdehem...

Semua terpinga-pinga...Siapakah??
"Hey2,pandng sini lah,kite kat bawah ni~huhu" Arteri kecik bersuara...Comel je suara,padanlah~kecik kot!hahhaha

"kite dgr je semua bergaduh...macam tak manis pulak nk menyampuk,tapi~kite tak tahan...kena cakap jugakk ni....abang2 dgn kakak gaduh2 kn,tak malu ke?tu adik Usus makin berpusing-pusing pnjang dlm abdomen tu.Dah tu duk asyik duk kata diri sendiri pnting je,tapi,abang2 dan kakak sedar tak yg kita ni sebuah keluarga?dari satu mak?dari satu ayah?cuma tak sama bentuk,tak sama histological structure,tak sama function,tapi!kita semua punya potensi,yang kalau bergabung,baru segala nya smooth.kan?walaupun sekecil-kecil adik macam kite ni...kata kan lah ada thrombosis dekat kite yg menghalang darah sampai kat kalian,kalian boleh survive ke?buleh jalankan function macam biasa ke?at least msti ada some impairment kn?"

Jantung terkesima kejap mendengar.tapi xde la sampai cardiac arrest kn.H0h0!^^ amik kau,budak kecik macam Arteri pun reti nak bagi hujah...yang aku neh,dok asyik pikir kepentingn sendiri,plus berlagak tahap tak hengat punye~adehhhh.....MALU!!

Paru-paru pun ambil bahagian juga,mendengar sambil menghadam setiap kata-kata yg didengar.Ya,memang betul!SEMUA SAMA penting!tak ada istilah lagi penting,ataupun TIDAK penting walaupun untuk sekecik2 sel!
Sambil tersenyum memndang semua,Paru-paru pun mengeluh...Haih~~~~~
"kan aku dah agak dah,akhir sekali yg mungkin buleh bagi ayat matang sikit msti budak kecik macam Arteri tu.Kita-kita ni,makin tua,makin nyanyuk....Banyk sangat cakap tak fikir.Carefull,kata-kata kita ni ditimbang Allah nnt,diakhirat.


Adik Arteri tersenyum manis mendengar Inche Paru-paru yg super matang memujinya.HE HE HE! ^^ Terima Kasih!!

Sunday, March 13, 2011

tak ada tajuk lah!

salam~

ok,aku geram!tak buleh lah.pegang-pegang tangan laki neh.bukan mahram ok!Ya Allah...
sesungguhnya aku benci melihat nya!dan paling penting itu kawan ku )=
ya,sahabat!sebab aku sayang kan kau.aku tak benci kau.tapi aku benci dengan apa yang kau buat.kau tahu?kenapa aku syg kau?tahu tak???

Sebab Allah sayang kan kau.Dia cintakan kau.dan kerana itu aku harap aku juga bisa mencintai kau sahabat!aku tidak harap kau berubah secara total.Cukuplah engkau mendongak kan wajah mu,pandang dan lihat kasih syg Allah.Tak nampak??hmmm...
Tapi,kau rasa kan??Kerana apabila kau kenal,kau tahu mencintai-Nya,kau akan dgn sendirinya sedar,segan,malu dan berubah.Tak perlu berubah sebab aku tegur,tapi berubah kerana-Nya,insyaAllah(;

Dan...dan...apa??mana kasih syg-Nya?

oh sahabat!Buka mata mu~ sesungguhnya,kasih syg di muka bumi ni milik Allah!apa kau ingat kasih syg ibu bapa tu akan ada jika tanpa-Nya???semua ni kasih syg-Nya,yg dipinjam kan melalui hamba-hambaNYA.DIA mahu kita menilai dan menguji kita.Maka kita?salah guna kan?dengan menganggap kasih syg lelaki bukan mahram tu juga salah satu dari-Nya??ya~mungkin benar.....
rasa cinta dan kasih itu fitrah.boleh saja nak mencintai lelaki tersebut.sesiapa sahaja.atuk nenek makcik tukang sapu pakcik jual buah abg drebar,sesiapa sahaja!ya!betul ni!kau boleh sahaja mencintai mereka,sayang pada mereka.Sebab ini memang tuntutan dalam Islam,agar mencintai saudaranya.Best kan?(=

TAPI!!!!!MENJALINKAN cinta itu yg tidak boleh...lagi2 pada bukan yg sepatutnya (cth lelaki bukan mahram).eh,paham tak?beza merasai cinta tu?dengan MENJALIN cinta tu??paham tak??adehhh~~~ala...macam ni la.kalau kita sukacintasayang,doa!agar dia jadi milik kita.Tak perlulah couple2.Tak kesah lah,couple syar'ie ke tak.Cinta ana enti ke,yg tak buleh tu,tetap tak bulah!Guna kan jalan yg Islam gariskan.oke??eh,paham tak ni??

aku harap kau faham,sebab aku ingin kau tahu,CINTA itu memang suci.kerana cinta ni anugerah ILAHI.kalau tidak ada 'rasa' ni,sama lah kita dgn patung!erk??!!tak mau lah~ macam malu je sama dgn patung kan??

oke,seriusly!entry ni tak ada tajuk....yela2~ aku letak lah.Tajuk nya,"chenta dalam diam?" HAHaHAHAHAHA

p/s: aku sampai ke bumi berdebu ni cukup seminggu.Alhamdulillah(; kak ya call kelmarin,oke!mak sedikit hmm..apa eh?geram ke?sedeh ke?haha.yelah sbb aku tak reti2 kan nak call rumah.At least bagitahu aku selamat ke.HAHA.ok,ampunn mak!bukan tak mahu.kalau buleh,nak aje adik call setiap hari!tapi,tidak punya kesempatan.maaf ya!ok kawan2!jgn ye,tangguh2 nak call mak ayah.Sebab nanti mak kita ingat kita tak ingat kat mereka!h0h0.

Friday, February 18, 2011

AKU DAN KAU BERBEZA OK!

assalamualaikum w.b.t

ok!dah jumpa!alhamdulillah.artikel yg menjawab persoaln di benak ku...
haila...Allah Maha Mnedengar kn~ tak sempat-sempat,Dia dah tunjukkn,bimbing.ALHAMDULILLAH!

ape bnda?oh maaf ye~ lupa nak ceghite.hikhik
ceni la cerita nya.Sejak kebelakangn ni,mood aku utk baca buku sirah2 Rasulullah s.a.w dan sahabat2 baginda macam meluap-luap. (harap2 berkekalan~aminn)
Dan apa yg aku dapati,segenap kisah Baginda s.a.w, ade terselit perbezaan pendapat dikalangan para sahabat.Bukan calang2 ya,Saidina Abu Bakar r.a,Saidina Umar al-faruq,Abu Ubaidah yakni antara sahabat yg terawal memeluk Islam dan menjadi 'core' dlm misi dakwah Baginda s.a.w.
Haaaa! amik kau~ zaman Rasulullah s.a.w pun sudah terbuka ruang untuk org berbeza pendapat,apatah lagi KITA2 ni di zaman ketiadaan Baginda s.a.w. kn?Tapi mereka ni sering duduk berbincang,menghormati dan tidak pernah menyalahkn,apatah lagi utk melabel!Hebat kan mereka?Justeru,masih adakah dalam kalangn kita ni mereka2 yg bersifat begini?(ada pon tak ramai kn?)

ok~Nak dijadikan cerita,perbezaan pendapat ini LUMRAH.kerana interpretasi seseorg berbeza,tak sama,berlainan,haa apa lagi?semua lah.
sesetengah mungkin kata A,sesetengah mungkin kata B. Tapi,siapa yg betul? kita tak tahu.Jadinya,duduklah berbincang~ Berbahas dgn ILMU,bukan EMOSI.

Dan yg plg penting,berhenti MELABEL!cukup lah.kita sama Islam,perjuangan kita satu,jgn jadikan medan dakwah ni sebagai satu alternatif untuk syaitan memporak peranda kn kita.AYUH!sedar ye?

Ok berbalik tentang artikel yg ditemui~ hihi.Alhamdulilah.Aku dapat dari zaharuddin.net...(sila rujuk status FB ku)
Syukron Ustaz,kerana menulis artikel ini,dan Ya rabbi,Kau Maha Mengetahui gejolak hati ku.SYUKRON AWI-AWI. >.<

p/s : AKU DAN KAU berbeza?ya,mungkin pendapat kita,tapi Perjuangan kita sama.ANDA,ya,andalah yg diluar nuuu~ jgn mudah melatah apabila wujudnya persatuan lain.Bukan kita tak boleh duduk dalam 1 persatuan, tapi mungkin metod kita berbeza.Dan selagi tidak melanggar syariat,apa bisa kau menjatuhkan hukum 'salah'?Ayuh,kita bergabung dalam satu erti kata 'hormat dan faham',yok! ^^ insyaAllah~ misi dan visi akan tercapai.

Wednesday, February 16, 2011

mlm baru bermula

assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh! ^^

Teka teki di malam hari??haisy~ buang tebiat ke guano?^^ haha.Biarlah~tak ganggu org pon kn?!

Merujuk kepada status di FB ku,soaln yg berbunyi,Nabi apakah yg diutuskan kpd kaum yang suka menipu dalam timbangan barangan?

Jawapannya,Nabi Syuaib A.S. ^^

Tahniah kpd Faris,jawapan anda tepat!
Jawapan ni kau dapat dari mana?Hebat2(even kau teka je kan sbnrnya?)~~ hihi

Ok,ni yg ingin aku kongsikan.

sila rujuk Surah Hud,ayat 84.Yang guna resm Uthmani,muka surat 231.

Saturday, February 12, 2011

sedikit coretan

salam 'alaikum~

alhamdulillah!smpai juga ke malaysia.Allah makbulkn,doakn aku utk jumpa mak dgn bapak.hehe ^^

oh ye!perjalanan ke Ireland?aaaaaaa~sgt menakjubkan!nak berkogsi,tapi bkn pd hari ni kot.Cukuplah bg sedikit intro.huhu.

Perjalanan mencari diri.Oh bukan mudah~ moga jln ini aku dan mereka,dan kamu,ya!kamu!terus subur...insyaAllah.

"Demi kuda perang yg berlari kencang terhengah-hengah.Dan kuda yg memercikkan bunga api(dgn pukulan kuku kaki nya).Dan kuda yg menyerang pd waktu pagi.Sehingga menerbangkn debu-debu.Lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh."
(Surah Al-'Adiyat : 1-5)


Ada 3 jenis kuda.Pertama,kuda jinak2,yg apabila disuruh lari,akan berlari,apabila disuruh berhenti akan berhenti,dan mungkin apabila disuruh TUNDUK ia akan TUNDUK!Kedua kuda liar,yg jgn harap lah utk diberi arahan~Ketiga kuda perang.Yang patuh bertempat dan berani.Jadi,dimanakah kita?siapakah kita dlm Islam?apakah fungsi kita dlm Islam??
oh,aku bertanya pada diri ini!!!~

Saturday, January 15, 2011

belajar utk exam kah?

salam 3alaik~

musim sejuk dan musim exam,apa persamaan??
= menyebabkan aku MENGGIGIL~ haha
jawapan mudah je,sebab rumah aku tak ada heater,yg kedua sebab aku tak habis belajar lagi...!!

ada org yg dah sedia nak exam ke??memamg gila kentang lah kalau ada...
nama pun exam,tak kisah a kecil ke besar,boleh buat aku gigil lah!
(nmpak sgt tak rajin study ke mcm mane ni?!!haha)

serius,study last minute and me can't be separated...huh!you know?medicine is not about studying last minute....
because first thing u'll realise that so many chapters with soooOo many subtopics,in 1 branch!!subjects are divided into some branches,and guess what,tak terkira ok!(hyperbola sat...huhu)
tapi apa yg sedang aku lakukan??study last minute!oh~~~mengapakah aiman???

boleh tak aku nak jawab sbb subjek ni adalah biochemistry?tolong lah kata boleh!pleaseeee~~~~arrrggghhh!!!

maaf ye...aiman,jawapannya TAK BOLEH!klu tak suka pon,ia tetap ilmu!kena belajar jugak!
tapi tu lah...susah nk buang rasa yg aku belajar biochem ni utk exam...
ya Allah helps me please...tau tak?klu di ibarat kan,ilmu yg ada di dunia ni sebenarnya hanya lah setitik dari jari kita yg dicecah ke dlm air laut.yg air laut seluruhnya lagi tu yg x tercapai dek akal.dan semua tu sebenarnya ilmu Allah.Maha Luas kn?yang tara tah2 x sampai setitik ni pun tak mampu aku nk kecapi,tak mampu utk dihayati~haisy!aku kerdil!ya Allah,guide me through all this please.....

im hoping for a better me next time!come on aiman...umur dah 20 k?
kawan-kawan juga,jgn jadi mcm aku tau!kita sama-sama tajdidkan niat.setiap saat yg kita tersedar kalau boleh.belajar hanya kerana ALLAH!moga dipermudahkn...amiin~~~

Thursday, January 13, 2011

12

salam alaik~

12??apekah???hahaha...ape yg anda semua fikir nmpak je no 12 ni??
12 thn?no 12??ke 12 cranial nerves?12 kali kna tngkap tak gi solat jemaah kat surau mse sekolah dulu??ke 12 anak kucing yg korang bela??
huhu~ penat je kn....
apa2 pun!12 is my favourite number!yeah!of kes!hihi...ade aku kisah kau pnye feveret number ape ke??ala~ rilex suda...blog ite,ite pnye suka lah!!!
mood celaru jap....maaf ye semua.otak dah fenin2!exam ahad ni k!insyaAllah....
ok,nak bgtau jugakk kenape aku suka no 12 ni...
1- sbb birthday aku january 12th~
2- sbb aku anak ke-12
3- sbb aku suka apa2 paduan dari no 1 dan no 2 !!hahaha
sebenarnya,tak tau dah sebab apa...hari tu rasa macm bnyk...tp ok la ni...setakat yg mampu difikirkn...ni je la~haha

oh ye,hari ni aku 20 thn!!!^^
suka???hmmm...jap nak pikir~
haha...syukur,alhamdulillah.gembira?sudah pasti,sbb hari mmg gempaq lah!kejutan demi kejutan!thanks kawan2~~~~ ^^ semoga kita semua najah ye,jumpa nnt di thn 3,insyaAllah~
tapi,tak tipu,dlm hati ada kekesalan!isy~ sbb umur 20?jwpnnya ya!ya!ya!tepat sekali...
jika aku timbal balik,isy~tak terkata lah kekesalannya.
ape ek yg aku dah buat back in this 20 years??berbakti pada org tua?keluarga??AGAMA??
harap2 ada lah nilainya kelak disisi Allah...klu tidak,20 thn hidup ni sia2 lah!lama tu 20 thn....klu jngka masa org kawen dah 20 thn,anak dah ramai dah weh...silap2 ank pon dah kawen jugakk...Semoga dgn bertambah nya umur ni,bertambah juga ilmu serta amal nya!amiinn...~ilmu ada,mudah nak cari,tp susah nak amal kn?even nak kutip smpah.tak mudah!sbb x semua org boleh buat.haha...org lah kata.klu aku ok je.sbb aku mmg x suka tgk smpah!serius.aku ni dah habituated sbb ddk kat mesir ni la.bnyk sgt smph smpai x larat nak kutip.yg mampu je la akn dikutip kn...huhu....^^


p/s:SelamatHariJadijugapadakau^^adarezekikitajumpanntbukan2huhuadajodohlah!hahahaha